KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama kementerian dan agensi berkaitan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan ayam dan telur pada masa ini adalah stabil, namun berharap penternak melipatgandakan usaha meningkatkan keperluan.
"Sekiranya bekalan terjejas, kita boleh import kerana sudah jalinkan persefahaman dengan negara pengeksport seperti Thailand dan China," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Expo Makanan Antarabangsa Sabah 2024 (SIFEX2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
Mohamad berkata tahun ini, kementerian menekankan kepada pembangunan empat industri iaitu padi dan beras; ayam, itik dan telur; bawang merah dan nanas dalam memastikan kemajuan berterusan untuk menangani cabaran sekuriti makanan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor pertanian.
Mengenai bekalan beras negara, beliau berkata sasaran untuk mencapai 100 peratus kadar sara diri (SSR) perlu dilaksana bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi untuk rakyat.
"Purata pengeluaran beras negara masih tidak mencukupi dengan kadar SSR hanya 65 peratus pada masa ini ... namun, sasaran 100 peratus SSR itu boleh dicapai kerana kita masih mempunyai banyak kawasan tanah contohnya di Sabah, Sarawak dan Pahang.
"Kita juga boleh mempelajari kaedah menanam dan membaja dengan betul. Di negara lain, mereka boleh peroleh hingga lebih 10 tan beras dalam satu hektar, tetapi Malaysia hanya mampu mendapat tiga hingga lima tan beras dalam satu hektar," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berharap partinya diberi peluang untuk meletakkan calon.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Mohamad ditemui pemberita selepas merasmikan Expo Makanan Antarabangsa Sabah 2024 (SIFEX2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto Sinar Harian
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.
Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.
Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.
Skim baharu tangani isu beras diumum minggu ini - Mohamad Sabu
Satu skim baharu bagi menstruktur semula industri padi dan beras tempatan sebagai penyelesaian jangka panjang akan diperkenalkan KPKM dalam masa terdekat.
Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
Produk makanan halal Malaysia tembusi pasaran di 150 negara - Mohamad
Eksport produk makanan proses berstatus halal Malaysia kini berjaya menembusi lebih 150 negara yang mencakupi 1.8 bilion umat Islam global.
Kerajaan mahu perluas penanaman bawang di Sabah dan Sarawak
Bagaimanapun, kajian menyeluruh termasuk penilaian kesesuaian tanah perlu dilaksanakan pihak berwajib bagi memastikan projek berjalan lancar.